fbpx

Jika anda seorang yang suka perniagaan online seperti saya, anda mungkin kenal.

Tetapi, jika anda sebahagian dari 99.9% mereka yang baru nak memulakan dengan “Perniagaan Internet” ini, anda mungkin tidak pernah dengar tentang lelaki ini.

Jadi, apa yang dia buat sehingga dapat masuk tajuk utama Business Insider ini?

Bagaimana dia boleh dipaparkan di situ?

Adakah dia seorang yang kaya-raya?
Ya, sudah semestinya .

Itulah sebahagian keindahan dalam perniagaan internet.

Pemuda berusia 21 tahun ini telah mendapat beratus ribu dolar dari meja dapur kediamannya sahaja.

Tidak perlu kemasyhuran, interview majalah, rancangan bual bicara, atau kelas lakonan (anda tahulah, untuk berlakon dalam filem blockbuster).

Anda langsung tidak tahu siapa Chandler Bolt. Tetapi dia telah menghasilkan banyak wang, dan dia juga membantu orang lain membuat perkara yang sama.

Syarikatnya, Self-Publishing School, membantu orang ramai menerbitkan buku di Amazon dan menjana pendapatan darinya.

Jika anda seorang introvert, ia satu sebab untuk bergembira!

Lebih kurang 20 tahun yang lalu, mereka yang extrovert mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjadi kaya dan berjaya.

Mengapa? Ia melibatkan banyak rangkaian dan hubungan ( network ) yang perlu dibina.

Anda perlu menggaji pekerja dan membina syarikat yang besar.

Atau, untuk kerjaya dalam seni, muzik, filem dan sebagainya, anda perlukan semua orang dalam industri anda untuk mengenali anda.

Walaupun perhubungan (network) adalah sesuatu yang penting, hari ini anda boleh bina network anda dari sofa anda (atau dari lantai ruang tamu anda dalam kes saya).

Sebagai seorang individu yang masih bujang dan sinhle, anda boleh membina perniagaan yang besar dari keselesaan di rumah anda selepas waktu bekerja, di waktu tengahari anda, dan juga di hujung minggu anda.

Saya tak rasa saya terlalu dramatik bila saya katakan bahawa pemasaran dalam talian ialah peluang anda untuk kehidupan yang anda impikan selama ini.

Percayalah  😉

Saya mahu anda berseronok di tempat kerja seperti mereka ini dan saya juga. Jadi, hari ini saya akan memperkenalkan kepada anda dunia ini dengan panduan pemasaran dalam talian saya.

Definisi

Jika anda sudah membaca panduan saya sebelum ini tentang pemasaran digital, anda pasti sudah tahu bahawa ia berbeza.

Tidak semua kempen pemasaran digital automatik menjadi usaha pemasaran dalam talian.

Menurut TNMedia, pemasaran dalam talian ialah “…apa-apa alatan, strategi atau cara untuk memaparkan nama syarikat kepada orang luar. Iklan-iklan boleh berada dalam pelbagai bentuk dan sesetengah strategi berfokus kepada mesej yang halus daripada iklan yang jelas.”

Mahukan versi yang paling mudah?

Pemasaran dalam talian ialah apa-apa usaha untuk menyebarkan tentang syarikat anda menggunakan Internet untuk mencapai orang ramai.

Secara asasnya, ia adalah apa-apa yang anda buat dalam talian untuk dapatkan lebih ramai orang melihat anda, menarik minat orang ramai, dan berharap di satu masa, membuatkan mereka membeli daripada anda.

Ada tujuh sub-kategori besar tentang pemasaran dalam talian yang saya mahu liputi dalam panduan ini.

Ringkasan

Kita sudah pun bercakap tentang pengoptimuman enjin carian (SEO), dan saya tunjukkan kepada anda semua aspek penting tentangnya yang anda perlu lakukan dengan betul.

Selepas SEO, ada pemasaran enjin carian (SEM), iaitu versi berbayar SEO.

Pegawai pemasaran membayar Google untuk memaparkan iklan dalam hasil carian mereka dengan harapan supaya ini akan membawa trafik (terutamanya orang yang berminat, atau penunjuk) kepada halaman arahan produk mereka.

Kemudian ada pemasaran kandungan. Ini ialah di mana pemasar cuba untuk mencipta media dan kandungan bernilai untuk disebarkan kepada bakal pelanggan. Ini adalah versi pemasaran dalam talian yang lebih baik di mana anda cuba membuatkan orang ramai untuk membeli.

Sudah tentulah, anda sudah tahu mengenai pemasaran media sosial, di mana anda menggunakan satu atau beberapa saluran media sosial untuk berinteraksi dengan pelanggan, membina hubungan, dan kemudian menghantar mereka ke produk dan servis anda.

Pengiklanan berbayar per klik (PPC) adalah lebih kurang sama dengan pemasaran enjin carian, tetapi ia tidak terhad kepada Google dan pesaingnya. Kebanyakan rangkaian media sosial membenarkan anda mencipta iklan yang masuk secara semulajadi dalam suapan berita mereka, membenarkan anda untuk membayar untuk klik ke laman web anda.

Pemasaran sekutu ialah seperti pemasaran perujuk di mana anda berkongsi keuntungan dengan pemasar yang lain sebagai pertukaran kepada mempromosikan produk masing-masing.

Dan akhirnya ialah pemasaran emel, yang dikatakan sebagai cara lama. Tetapi ia masih lagi salah satu saluran yang paling berkesan. Selepas pelanggan memberi kebenaran kepada anda untuk menghubungi mereka, anda boleh mengemel mereka bila-bila masa, memberikan nilai dan meminta mereka membeli pada masa yang tepat.

Anda boleh agak berapa besar pemasaran dalam talian sebenarnya. Anda tahu berapa besar ruang yang dipenuhi setiap kategori individu ini.

Cuba fikirkan berapa banyak platform media sosial yang anda boleh namakan sekarang:

Facebook, Pinterest, Twitter, Instagram, Snapchat, Tumblr, Google+, YouTube, Periscope, LinkedIn, Reddit, StumbleUpon…

OK, anda tahulah.

Saya mahu memberikan anda pemahaman tentang semua kategori ini seperti dalam panduan permulaan kita, tetapi tidak melemaskan anda dalam maklumat yang sangat banyak di luar sana.

Sebab itulah saya akan memberikan anda satu contoh dalam setiap kategori tentang seseorang yang benar-benar pakar tentangnya dalam niche mereka serta beberapa topik yang bagus untuk membantu anda bermula.

Sedia. Mula!

SEO – Search Engine Optimization (Pengoptimuman Enjin Carian)

Tidak perlu saya katakan bahawa saya fikir Quick Sprout adalah salah satu laman web terbaik apabila ia mengenai SEO (kami memang agak penting, saya rasa).

Panduan Lanjutan kepada SEO kami telah mendapat ribuan perkongsian.

Tetapi, daripada bercakap besar tentangnya dalam kategori ini, saya mahu menunjukkan kepada anda seseorang yang pakar dalam pemasaran enjin carian yang telah bekerja dengan kami di Quick Sprout untuk tempoh yang lama.

Saya mahu paparkan beliau kerana bukan sahaja dia mempunyai semua kemahiran SEO yang anda perlukan, tetapi juga kerana dia