Perkara-perkara yang Lelaki Tidak Mahu Wanita Ketahui

Lelaki juga suka berahsia dan boleh dikatakan kesemua rahsia mereka ini adalah untuk mempertahankan ego dan kelakian  mereka. Tetapi, anda bernasib baik kerana kami berjaya membongkar perkara-perkara yang lelaki cuba rahsiakan dari wanita.

 

Kelemahannya

Lelaki sangat takut wanita mengetahui kelemahannya. Mungkin mereka takutkan ketinggian atau lipas yang mereka tidak mahu langsung anda tahu. Dan, lelaki juga menangis. Emosi lelaki yang baru sahaja putus cinta sebenarnya lebih dahsyat berbanding wanita. Tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka takut sekiranya wanita tahu akan kelemahan mereka, wanita akan berjenaka mengenainya yang tentunya atau mungkin memalukan mereka. Dan jika mereka menangis di depan anda, berikanlah mereka coklat. Tangisan mereka tu adalah tanda cinta kepada anda.

 

Pendapatan Mereka

Lelaki kini lebih berhati-hati kerana terlalu banyak wanita di luar sana tu, mata duitan. Jadi salah satu perkara yang mereka seboleh-bolehnya ingin mereka rahsiakan adalah jumlah pendapatan mereka. Mungkin mereka suka menunjuk-nunjuk kereta yang mereka pandu, tetapi, perihal kewangan masih lagi terlalu peribadi bagi mereka.

 

They Listen!

Mungkin anda rasa lelaki tidak mahu tahu apa aktiviti harian anda atau apa yang menyerabutkan fikiran anda. Sebenarnya, mereka mahu mendengar. Mereka tidak mahu anda tahu mengenai fakta ini kerana tidak mahu percakapan bertukar menjadi leteran. Ia juga untuk mengelak daripada anda menelefon mereka acap kali, ketika mereka sedang bekerja.

 

Fake Orgasm

Lelaki sekarang sebenarnya lebih bijak. Mereka tahu sekiranya anda mengalami fake orgasm ketika bersama. Tetapi mereka berpura-pura tidak tahu kerana ia akan mencabar ego mereka kerana tidak mampu membuat anda mencapai klimaks yang sebenar. Jadi mereka diamkan sahaja dan terus membiarkan anda terus berlakon ketika bersamanya.

 

Malam Pertama

Jika anda rasa lelaki tidak takut untuk menghadapi malam pertama, anda silap besar. Lelaki tidak suka kemampuan mereka di atas katil diperlekehkan walaupun ia merupakan pertama kali buat mereka. Sebab itu mereka cuba menyembunyikan rasa gementarmereka pada malam pertama.

Leave a Reply