Tabiat Minum Kopi Boleh Mencegah Mati Pucuk

Sebut sahaja pasal kopi yang hadir bersama aromanya yang memikat, dan kelikatannya yang menawan, tiada siapa dapat menolak terutamanya lelaki. Bak kata pepatah ‘lelaki dan kopi berpisah tiada!’.

Hari ini kopi seolah-olah menjadi satu trending baru kerana bukan sahaja di Starbucks, Second Cup, Tim Horton, Gloria Jeans Cafe, Old Town White Coffee dan pelbagai jenis Kopitiam sehinggalah ke gerai-gerai kecil di tepi-tepi jalan, semuanya menjual pelbagai jenis dan citarasa unik minuman berkafein ini. Jadi, tidak hairanlah kini lambakan produk 3-in-1 berasaskan kopi juga banyak dijual di pasaran.

Tetapi malangnya, kita seringkali dimomokkan dengan fakta bahawa kopi itu tidak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya, kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu, malahan kopi merupakan antara minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Fakta yang mengatakan bahawa kopi mendatangkan keburukan sebenarnya telah diselewengkan oleh bangsa Yahudi.

Lihat bangsa Yahudi, mereka sangat menggemari minum kopi malah menjadikan kopi sebagai minuman rutin harian mereka. Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa lebih daripada 400 million cawan kopi telah diambil pada setiap tahun, sekaligus menjadikan ia sebagai minuman yang paling popular di dunia.

Isu kali ini kami akan ketengahkan mengenai pencegahan mati pucuk dengan air kopi. Apa itu mati pucuk dan apa kaitannya dengan pencegahan penyakit ini dengan tabiat minum kopi?

Mati pucuk atau bahasa halusnya dipanggil lemah tenaga batin merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan nama Disfungsi Erektil (ED) atau dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai “impotens”. 

Dari segi kesan ke atas kesihatan lelaki, kopi dikatakan dapat mencegah seseorang lelaki daripada mati pucuk. Walau bagaimanapun, kopi bukanlah satu-satunya kaedah rawatan yang berkesan untuk mengubati penyakit yang paling ditakuti oleh golongan lelaki hari ini.

Kopi dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan mata yang mengantuk. Kandungan utama kopi ialah kafein dan ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cekap dan tidak mudah mengantuk.

Kandungan antioksida dalam kopi berfungsi sebagai pendinding atau perisai tubuh daripada radikal bebas. Salah seorang profesor kimia dari Texas, iaitu Dr. Joe Vinson telah menjelaskan bahawa manusia kini lebih terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Oleh itu, secawan kopi yang diambil setiap hari sudah cukup.

Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung, malah baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Jadi, jika dengan minum dua cawan kopi setiap hari sekurang-kurangnya seseorang lelaki itu mempunyai 42% kurang kemungkinan mengalami disfungsi ereksi berbanding dengan bukan peminum kopi.

Apa yang lebih menariknya, para pengkaji turut menganalisis 4000 lelaki yang mengambil minuman berkafein selain kopi seperti teh dan minuman malt coklat, hasil keputusannya tetap sama ke atas semua lelaki tidak kira umur, berat badan dan tekanan darah. Ini menunjukkan bahawa, kandungan kafein mampu merangsang tindak balas kimia sehingga meningkatkan pengaliran darah ke alat kelamin lelaki dengan merelakskan otot-otot tubuh.

Kini, anda sudah punya alasan yang kukuh; 2 cawan kopi sehari boleh mencegah dari mati pucuk!!!

Sungguhpun begitu, pengambilannya jangan pula berlebihan, ya. Hal ini kerana, terdapat hasil kajian yang menunjukkan bahawa minum tiga cawan kopi sehari akan menurunkan kesan baik tersebut kepada 39 peratus.

Malah, jika anda penghidap diabetes, tindak balas kafein ini tidak berkesan, sebaliknya ia berkesan terhadap lelaki yang obes, berlebihan berat badan dan hipertensi,

Peringatan untuk wanita yang mengandung, sekiranya pengambilan minuman kopi dalam kuantiti yang besar atau terlalu kerap kemungkinan besar akan timbul masalah sama ada akan mengalami keguguran atau bayinya akan mengalami kesukaran bernafas ketika melahirkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *